GOFIX Putra Perdana merupakan pusat servis profesional untuk pembaikan telefon pintar dan komputer riba yang menyediakan penyelesaian lengkap untuk pelbagai jenis kerosakan peranti. Kami mengendalikan pembaikan harian seperti skrin pecah, bateri lemah, masalah charging, speaker, kamera dan software, selain kes-kes yang lebih kompleks seperti kerosakan motherboard serta masalah prestasi laptop.
Kami mengutamakan proses yang telus dan sistematik. Setiap peranti akan melalui pemeriksaan terlebih dahulu bagi mengenal pasti punca sebenar masalah. Selepas pemeriksaan, pelanggan akan dimaklumkan mengenai kerosakan, pilihan pembaikan dan anggaran kos sebelum sebarang kerja dijalankan. Tiada pembaikan dibuat tanpa persetujuan pelanggan.
GOFIX Putra Perdana menjadi pilihan pelanggan yang mahukan servis pembaikan yang mudah, jelas dan boleh dipercayai. Pelanggan dari Putra Perdana, Taman Puchong Utama, Bandar Bukit Puchong, Taman Puchong Perdana, Cyberjaya, Seri Kembangan, USJ dan kawasan sekitar boleh menghubungi kami melalui WhatsApp atau hadir terus ke kedai untuk pemeriksaan peranti.